Isu Merotan

Isu merotan ialah isu yang sedang memanas di kalangan warga pendidik. Isu ini telah sekian lama berlegar tanpa diperhalusi sebelum sebahagian orang membuat kesimpulannya sendiri walaupun di luar bidang pendidikan.
   Sebelum mengupas lanjut mengenai isu ini , saya ingin menarik perhtian pembaca kepada satu pertanyaan. Adakah kits yang ada pada hari ini pernah dirotan atau dibentuk dengan cara merotan sama ada oleh guru atau oleh ibu-bapa kita sendiri di rumah. Atau adakah kita dari generasi terbiar yang tidak pernah dirotan walaupun kita melakukan kesilapan do masa lalu.
   Dalam membicarakan soal moral, beberapa aspek perlu diambil kira termasuk dari sudut keagamaan dan undang-undang. Undang-undang itu pula beragam jenisnya dan pematuhannyajuga ditegaskan dengan rotan. Undang-undang di rumah misalnya, apabila anak-anak melakukan kesalahan yang dikira kayak dirotan maka rotanlah hukumannya.
  Ada sesiapakah di antara kita yang melakukan kesalahan tetapi malahan dipuji dan diberikan galakan untuk melakukannya. Adakah ibu -bapa yang setuju jika anaknya dibiarkan sahaja bergaduh di sekolah dengan alasan tidal boleh merotan atau mendenda murid kerana salah di sisi undang-undang.
  Keterlibatan masyarakat kepada perlakuan jenayah pada hari ini adalah kerana ketidak sepakatan masyarakat awam dengan golongan pendidik dalam
membicarakan secara ilmiah mengenai
keperluan tindakan merotan di sekolah. Keputusan ringkas yang dibuat oleh pihak tertentu tidak mencerminkan ciri profesionalis dalam menangani krisis moral masyarakat kerana wibawa keputusan yang dibuat masih dipersoalkan oleh masyarakat dengan menyalahgunakan undang-undang untuk menegakkan egoviatik mereka.
  Berbalik kepada isu ini di bilik darjah, seseorang yang membiarkan perlakuan salah oleh murid sehingga menganggu murid lain adalah dikira tidak bertanggungjawab kerana membiarkan jak orang lain terganggu dan ini amat tidal seimbang dari segi pertimbangan moral.
   Lantaran itu satu kajian tindakan yang benar-benar menepati objektif untuk menyelesaikan masalah moral murid melalui cara merotan perlu dibuat until mengatasi permasalahan tersebut dari terus berlaku.
  Adakah masyarakat telah tidak dapat menghayati kata-kata dari mereka yang terdahulu dalam menangani kemelut masyarakat. " Sayangkan anak pukul-pukulkan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Begitu indah kata-kata ini jika masyarakat dapat mengadaptasikan dalam kehidupan mereka.
   Semoga kita dapat melahirkan generasi muda yang berwibawa dengan pengamalan moral yang tinggi melalui pematuhan kepada kehendak masyarakat. Semoga  pematuhan kepada nilai dan norma masyarakat ini  dapat menganjak pradigma bangsa kita setingkat ke hadapan di mata masyarakat dunia.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini